LOKASI PENGUNJUNG

ANDA PENGUNJUNG DARI….

BLOG HITS

PHOTOGRAPHER

Tourism Sabah

READ2010

August 23rd, 2010 by pkgpenampang

TES Resources

Makluman untuk kawan-kawan GPM sekolah Daerah Penampang

Sila Klik link berikut:

http://www.read2010.com.my/

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »

System Smart School Qualification Standards (SSQS)

July 21st, 2010 by pkgpenampang

DSC_0858a

Untuk makluman pihak sekolah dibawah Daerah Penampang, pengumpulan data System Smart School Qualification Standards (SSQS) telah dibuka, di harap kerjasama Guru BESTARI atau Penyelaras ICT sekolah dapat memuat turun borang dari web SSQS, mencetak dan menyerahkan borang tersebut kepada respondend yang terlibat.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi PKG Penampang

“Kerjasama anda amat di hargai”

Sila klik gambar diatas untuk dihubungkan terus ke web SSQS

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »

Pemantauan ICT (SPPICTS) siri 2/2010

July 8th, 2010 by pkgpenampang

Jutaan Terima Kasih dan Tahniah kami ucapkan kepada semua sekolah di Daerah Penampang yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam pengumpulan data “Pemantauan ICT (SPPICTS) siri 2/2010″ .

untuk pengetahuan anda statistik terkini pengumpulan data bagi tahun 2010 untuk Daerah Penampang  ialah

siri 1/2010 : 100 %

siri 2/2010 : 100%

siri 3/ 2010 : belum dilaksanakan

untuk sebarang pertanyaan sila hubungi PKG Penampang Terima Kasih.

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »

Pemantauan & Khidmat Bantu PSS serta TMK di sekolah.

July 6th, 2010 by pkgpenampang

Makluman kepada sekolah di daerah Penampang. Pegawai Teknologi Pendidikan akan membuat Pemantauan dan Khidmat bantu pada minggu hadapan 12-16 julai di sekolah berikut :

1. SK. Pekan Putatan

2. SK Bahang

3. SK Sugud

4. Sk St Theresa

5. SMK Putatan

Diharap Guru Perpustakaan dan Media serta  Guru Penyelaras Bestari/Penyelaras TMK dapat bersedia dengan maklumat yang diperlukan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan.

Posted in Category | No Comments »

PERKONGSIAN MAKLUMAT

April 8th, 2010 by pkgpenampang

SILA LAYAR WEB INI… kalau sesuai sila guna sebagai bahan…

jika anda ada website yang boleh dikongsi sila email saya…

http://www.starfall.com/

Posted in Category | No Comments »

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

September 14th, 2009 by pkgpenampang

Kami warga PKG Penampang mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada minggu depan.

Kami juga ingin memohon maaf di atas kesalahan, kelakuan dan terkasar bahasa kepada semua warga Pendidik Daerah, JuruTeknik Sekolah serta kawan-kawan di PKG Negeri, BTPN  serta sahabat yang mengenali kami.

Semoga anda semua di panjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

Maaf Zahir dan Batin

Semoga ceria di Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Posted in Category | No Comments »

BENGKEL PENGURUSAN AKTIVITI RAKAN PEMBACA(RP) NILAM

August 3rd, 2009 by pkgpenampang

Bengkel ini akan diadakan pada 6 hingga  7  Ogos 2009 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Penampang. Bengkel ini akan memperincikan tentang pengurusan dan pelaksanaan RP. Sila ambil maklum GPM dengan maklumat ini. surat tidak akan dikeluarkan tetapi pihak tuan/puan hendaklah muat turun di web ini pada bahagian muat turun. Sekian terima kasih.

Posted in Category | No Comments »

Pemantauan SPPICTS dan SSQS Sekolah Daerah Penampang

July 13th, 2009 by pkgpenampang and tagged , , ,

Dimaklumkan kepada semua sekolah bahawa kementerian sedang mengumpul data sekolah berkaitan dengan;

1. Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

2. Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

Sekolah boleh melayari laman web ini : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

Anda Boleh Download rujukan mengisi cara-cara menjawab SPPICTS di ruangan Muat Turun

Berdasarkan data yang telah dikutip hari ini hanya 19 buah sekolah telah siap melengkapkan data daripada 34 buah sekolah didaerah ini. Untuk memastikan sekolah Datuk/Datin/Tuan/Puan telah siap melengkapkan data sila hubungi Pusat Kegiatan Guru Daerah Penampang untuk kepastian…

 

 

 

 

 

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »

Bengkel WebTv untuk guru-guru GPM Daerah Penampang

March 21st, 2009 by pkgpenampang

Bengkel Fasa pertama web Tv telah berlalu pada 9 hingga 10 Mac 2009 di BTPN Sabah…

Pada 23 dan 24 Mac fasa ke-2 akan diadakan di tempat yang sama.

Semoga dengan adanya bengkel ini akan dapat menambah lagi pengetahuan guru-guru tentang maklumat yang sentiasa bergerak pantas….

Posted in Category | 1 Comment »

KEMASKINI MAKLUMAT PERALATAN ICT DI SEKOLAH

February 26th, 2009 by pkgpenampang

Guru Penyelaras Bestari/ICT(GPB/CPICT) diminta mengemaskini maklumat peralatan komputer disekolah. Bagi sekolah yang ada Juruteknik sekolah diminta agar membantu (GPB/GPICT) mengemaskini maklumat.

Penggunaan makmal hendaklah mencapai tahap maksimum manakala kecerian Makmal & Pusat akses hendaklah sentiasa diutamakan.

 

 

Posted in Category | No Comments »

« Previous Entries