September 14th, 2009 by pkgpenampang
Kami warga PKG Penampang mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada minggu depan.
Kami juga ingin memohon maaf di atas kesalahan, kelakuan dan terkasar bahasa kepada semua warga Pendidik Daerah, JuruTeknik Sekolah serta kawan-kawan di PKG Negeri, BTPN serta sahabat yang mengenali kami.
Semoga anda semua di panjangkan umur serta dimurahkan rezeki.
Maaf Zahir dan Batin
Semoga ceria di Hari Raya yang bakal menjelang tiba.
Posted in Category | No Comments »
August 3rd, 2009 by pkgpenampang
Bengkel ini akan diadakan pada 6 hingga 7 Ogos 2009 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Penampang. Bengkel ini akan memperincikan tentang pengurusan dan pelaksanaan RP. Sila ambil maklum GPM dengan maklumat ini. surat tidak akan dikeluarkan tetapi pihak tuan/puan hendaklah muat turun di web ini pada bahagian muat turun. Sekian terima kasih.
Posted in Category | No Comments »
March 21st, 2009 by pkgpenampang
Bengkel Fasa pertama web Tv telah berlalu pada 9 hingga 10 Mac 2009 di BTPN Sabah…
Pada 23 dan 24 Mac fasa ke-2 akan diadakan di tempat yang sama.
Semoga dengan adanya bengkel ini akan dapat menambah lagi pengetahuan guru-guru tentang maklumat yang sentiasa bergerak pantas….
Posted in Category | No Comments »
February 26th, 2009 by pkgpenampang
Guru Penyelaras Bestari/ICT(GPB/CPICT) diminta mengemaskini maklumat peralatan komputer disekolah. Bagi sekolah yang ada Juruteknik sekolah diminta agar membantu (GPB/GPICT) mengemaskini maklumat.
Penggunaan makmal hendaklah mencapai tahap maksimum manakala kecerian Makmal & Pusat akses hendaklah sentiasa diutamakan.
Posted in Category | No Comments »
February 13th, 2009 by pkgpenampang
Mesyuarat GPM akan diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Penampang pada jam 8.30 pada 17.02.2009. semua GPM di minta hadir.
Posted in Category | No Comments »
February 13th, 2009 by pkgpenampang
Semua Juruteknik komputer akan bermesyuarat di Pusat Kegiatan Guru pada jam 8.30 pagi pada hari isnin bersamaan 16.02.2009. Mesyuarat ini akan membincangkan senarai tugas harian, takwim dan dsb Sila bawa catatan tugas harian anda.
Posted in Category | No Comments »
February 12th, 2009 by pkgpenampang
Semua Guru Penyelaras Bestari Sekolah Daerah akan mengadakan mesyuarat pada 13 Februari ini bersamaan dengan hari jumaat. Anda semua diminta hadir. Mesyuarat diadakan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Penampang bermula pada jam 8.30 pagi. Penolong Pengarah Unit PICT akan memberikan taklimat dan penjelasan berkaitan dengan GPB.
Posted in Category | No Comments »
January 25th, 2009 by pkgpenampang
Kami di PKG Penampang mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua warga pendidik daerah Penampang yang merayakan perayaan ini.
Posted in Category | No Comments »
November 25th, 2008 by pkgpenampang
Mesyuarat Juruteknik komputer sekolah Daerah Penampang kali pertama pada 21 november baru-baru ini telah berjalan dengan lancar.
Dalam mesyuarat itu telah disentuh tentang senarai tugas, kehadiran, disiplin, masalah-masalah yang dihadapi di sekolah dan hal-hal lain.
Juruteknik komputer ini akan membuat lawatan ke sebuah sekolah Bestari dalam masa terdekat untuk mendapat pengetahuan dan maklumat tentang tugas juruteknik yang sepatutnya.
Harapan PKG adalah semua Juruteknik komputer ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kementerian dengan cemerlang.
Posted in Category | No Comments »
September 16th, 2008 by pkgpenampang
Semua GPM diminta untuk menhantar laporan NILAM untuk tahun ini. Semua laopran hendaklah dihantar ke PKG pada atau sebelum 30 September ini. Kami di PKG mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga pendidik yang beragama Islam di mana saja berada.
Posted in Category | 1 Comment »