BUAL BUAL INFO


Free chat widget @ ShoutMix

LOKASI PENGUNJUNG

ANDA PENGUNJUNG DARI….

BLOG HITS

Search

Pemantauan SPPICTS dan SSQS Sekolah Daerah Penampang

July 13th, 2009 by pkgpenampang and tagged , , ,

Dimaklumkan kepada semua sekolah bahawa kementerian sedang mengumpul data sekolah berkaitan dengan;

1. Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

2. Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

Sekolah boleh melayari laman web ini : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

Anda Boleh Download rujukan mengisi cara-cara menjawab SPPICTS di ruangan Muat Turun

Berdasarkan data yang telah dikutip hari ini hanya 19 buah sekolah telah siap melengkapkan data daripada 34 buah sekolah didaerah ini. Untuk memastikan sekolah Datuk/Datin/Tuan/Puan telah siap melengkapkan data sila hubungi Pusat Kegiatan Guru Daerah Penampang untuk kepastian…

 

 

 

 

 

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »

MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN MEDIA

June 22nd, 2008 by pkgpenampang

Mesyuarat GPM Penampang akan diadakan pada 30 june hingga 03 julai 2008.

Surat akan diedar pada semua sekolah pada hari selasa di pejabat pelajaran penampang.

Anda boleh dapatkan surat panggilan mesyuarat anda di sana.

 

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »

LAPORAN NILAM UNTUK SETENGAH TAHUN 2008

June 11th, 2008 by pkgpenampang

Makluman untuk semua sekolah daerah Penampang,

Sila ambil perhatian kepada sekolah yang belum menghantar laporan Nilam Setengah Tahun.

Sila hantar laporan kepada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penampang sebelum atau pada 20 jun 2008.

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »