BUAL BUAL INFO


Free chat widget @ ShoutMix

LOKASI PENGUNJUNG

ANDA PENGUNJUNG DARI….

BLOG HITS

Search

LAPORAN NILAM, AKTIVITI PSS DAN PUSAT AKSES

September 16th, 2008 by pkgpenampang

Semua GPM diminta untuk menhantar laporan NILAM untuk tahun ini. Semua laopran hendaklah dihantar ke PKG pada atau sebelum 30 September ini. Kami di PKG mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga pendidik yang beragama Islam di mana saja berada.

Posted in Category | 1 Comment »

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT MERDEKA PERINGKAT DAERAH PENAMPANG

August 25th, 2008 by pkgpenampang

Pusat Kegiatan Guru dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah serta Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Penampang akan mengadakan PROGRAM JEJAK MAKLUMAT MERDEKA PERINGKAT DAERAH.

Aktiviti ini diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang bertema “PERPADUAN TERAS KEJAYAAN” Diharapkan aktiviti ini dapat menyemai semangat perpaduan dikalangan guru-guru murid-murid dan masyarakat setempat amnya.

Aktiviti ini akan diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2008 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Daerah Penampang.

Posted in Category | No Comments »

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan Ke-51 Tahun

August 17th, 2008 by pkgpenampang

 

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

sumber : http://pmr.penerangan.gov.my

 

Marilah kita semua menghayati tema dan hari kebangsaan dengan penuh dengan semangat …

Posted in Category | No Comments »

Bulan Kemerdekaan Malaysia “PERPADUAN TERAS KEJAYAAN”

August 7th, 2008 by pkgpenampang

Salam sejahtera dan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-51. Pada saya Hari kemerdekaan amatlah penting kepada kita warga Malaysia, mungkin ada para pelajar tidak tahu tentang sejarah kemerdekaan Malaysia. Maka ini ada beberapa perkongsian maklumat untuk anda semua…

1. Sejarah Kemerdekaan

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  

Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Sumber bahan;

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

2. Sejarah Bendera Malaysia

 

Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

“That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-  Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”

 

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

 

 sumber bahan;

http://www.geocities.com/CollegePark/Lab/7966/sejarah.htm

Posted in Category | No Comments »

BULAN MEMBACA

July 1st, 2008 by pkgpenampang

Bulan Julai merupakan bulan membaca, semua GPM digalakkan mejalankan aktiviti yang berkaitan dengan bacaan pada bulan ini.  Tema yang dipilih oleh pkg penampang ialah ” BUKU TEMAN SETIA ANDA

Posted in Category | No Comments »

PENILAIAN PSS DAERAH PENAMPANG

July 1st, 2008 by pkgpenampang

Semua GPM sekolah diminta untuk menilai secara kendiri Pusat Sumber sekolah anda dengan memuat turun borang dari blog ini. Sila buat penilaian PSS dalam minggu ini dan email hasil penilaian anda ke PKG Penampang  pada 04 julai 2008. email : pkgpenampang@yahoo.com,

Posted in Category | 3 Comments »

MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN MEDIA

June 22nd, 2008 by pkgpenampang

Mesyuarat GPM Penampang akan diadakan pada 30 june hingga 03 julai 2008.

Surat akan diedar pada semua sekolah pada hari selasa di pejabat pelajaran penampang.

Anda boleh dapatkan surat panggilan mesyuarat anda di sana.

 

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »

LAPORAN NILAM UNTUK SETENGAH TAHUN 2008

June 11th, 2008 by pkgpenampang

Makluman untuk semua sekolah daerah Penampang,

Sila ambil perhatian kepada sekolah yang belum menghantar laporan Nilam Setengah Tahun.

Sila hantar laporan kepada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penampang sebelum atau pada 20 jun 2008.

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »

Web berteras Perkongsian Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Penampang, Sabah

June 11th, 2008 by pkgpenampang

Salam Sejatera kepada semua warga Pendidik,

Saya ingin menjadikan blog ini sebagai tempat perkongsian maklumat dan tips-tips pendidikan kepada semua. Jika anda mempunyai perkongsian tentang kejayaan, kemenangan, keperitan, kesedihan tentang pendidikan maka inilah tempat anda untuk memberi perkongsian yang berplatfom pendidikan.

Posted in Category | 3 Comments »

Next Entries »