BUAL BUAL INFO


Free chat widget @ ShoutMix

LOKASI PENGUNJUNG

ANDA PENGUNJUNG DARI….

BLOG HITS

Search

Pemantauan SPPICTS dan SSQS Sekolah Daerah Penampang

July 13th, 2009 by pkgpenampang and tagged , , ,

Dimaklumkan kepada semua sekolah bahawa kementerian sedang mengumpul data sekolah berkaitan dengan;

1. Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

2. Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

Sekolah boleh melayari laman web ini : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

Anda Boleh Download rujukan mengisi cara-cara menjawab SPPICTS di ruangan Muat Turun

Berdasarkan data yang telah dikutip hari ini hanya 19 buah sekolah telah siap melengkapkan data daripada 34 buah sekolah didaerah ini. Untuk memastikan sekolah Datuk/Datin/Tuan/Puan telah siap melengkapkan data sila hubungi Pusat Kegiatan Guru Daerah Penampang untuk kepastian…

 

 

 

 

 

Posted in Makluman dari PKG Penampang | No Comments »